Dalam Top Model CariDee English

Sebagai pemenang cabaran lakonan di Musim 7, CariDee telah diberi peluang untuk menjadi pelakon undangan di dalam satu episod bagi sebuah rancangan TV yang hit di CW One Tree Hill. Caridee muncul dalam dua babak drama terbabit, selalunya sebelum ini pemenang cabaran lakonan hanya mendapat satu babak. Juga, dalam episod yang sama, beliau telah menyatakan beliau mengalami gangguan emosi semasa cabaran lakonan, dan beliau tahu akan tekanan yang dihadapi dan memutuskan untuk membunuh dirinya sahaja kerana cabaran tersebut.

Beliau telah dikritik hebat kerana telah membuat lawak yang menghina kepada jurugambar fesyen ANTM, Nigel Barker semasa sesi penggambaraan yang bertemakan bullfighting di Barcelona. Situasi itu terjadi apabila CariDee bertanya kepada Nigel "Did you just remove that from your ass from the last panel?" yang merujuk kepada tongkat yang sedang dipegang oleh Nigel ketika itu. Walau bagaimanapun, Caridee menyatakan itu hanya "sekadar gurauan "kepadanya dan tidak pernah merasa marah. Dalam panel, beliau telah mengeluarkan satu nota dan meminta maaf terhadap Nigel atas kesalahannya. Apabila beliau mengambil bahagian dalam sesi penggambaraan "Water Nymphs", beliau telah menghidap hipotermia, satu simptom akibat terapung di dalam air yang sejuk untuk satu tempoh yang lama; Caridee telah mendapat tahu ianya berpunca dari kesan penggunaan raptiva, yang dimana melibatkan penurunan sistem ketahanan badannya.

Beliau mencipta sedikit kontorversi di sini semasa dalam rancangan ini. Ini kerana beliau telah bercakap dengan teman lelakinya di telefon pada satu episod. Apabila semua peserta pergi ke Barcelona, beliau dengan berahinya telah mengucup salah satu model lelaki yang sedang bekerja dengan mereka. CariDee telah ditemubual akan perkara itu berkata pada masa itu, beliau dan kekasihnya telah mencari pasangan masing-masing, dan telah kembali semula sejak itu.

Semasa dalam pertandingan ini, para hakim telah menjumpai pelbagai kontroversi akan personalitinya, di mana sifat beliau telah dinyatakan di sini sebagai lebih aktif dan menyerlah dari peserta yang lain. Caridee dikatakan mempunyai persamaan dengan Rebecca Romijn dan Karolína Kurková. Pada awal musim pertandingan ini, personaliti beliau sering dirasakan bebas dan suka berseronok, ianya jelas ditunjukkan apabila para juri telah memberikannya cabaran untuk membuat aksi "hiding dizzily"(pening bersembunyi) semasa cabaran di panel. Selepas itu, walau bagaimanapun, para juri mula melahirkan rasa risau kerana Caridee adakalanya terlalu melampaui batas. Oleh itu, para juri berasa kurang berkeyakinan sama ada beliau ialah insan yang mereka mahukan untuk mewakili "Top Model", dinyatakan pada penghujung musim rancangan ini bahawa beliau adakalanya sukar untuk diramal dan tidak stabil.

Pada awal tahun 2008, CariDee telah diundi sebagai salah satu peserta yang paling diingati di AOL Entertainment Canada. Dikurniakan dengan badan yang sempurna dan kecantikan klasik, beliau berkata beliau ialah peserta pertama yang semua orang tahu akan memenangi pertandingan ini sejak episod pertama lagi.

Saya menang, saya telah melakukanya, saya adalah model CoverGirl, Saya akam menjadi penghias kulit depan bagi majalah Seventeen -- Saya sungguh teruja, impian saya sentiasa dan sentiasa untuk menjadi model... dan mendapat psoriasis sentiasa membantutkan usaha saya, saya America's Next Top Model baby, yeah!

Rujukan

WikiPedia: CariDee English http://www.cwtv.com/page/topmodel_photosView_CariD... http://www.elitemodel.com/details.aspx?frm=&city=N... http://www.ew.com/ew/gallery/0,,20178336_9,00.html http://www.fashionmodeldirectory.com/models/Caride... http://heartonmysleeveshop.com/index.html http://img177.imagevenue.com/img.php?image=10493_l... http://www.imdb.com/name/nm2458152/ http://inkedmag.com/inked_people/6/ http://community.livejournal.com/topmodel/1427910.... http://community.livejournal.com/topmodel/1679549....